Thursday, March 7, 2024

Bintang dah Bujang (Part 3)



Assalamualaikum,

tepat pukul 6 petang, 23.12.2022, Jumaat..
Bintang selamat dikhatankan.
fuhhh... a journey to remember..
1st time join anak khatan dan banyak ragamnya.

 

sepatutnya appointment pukul 4pm. 
disebabkan Bintang yang takut takut, sesi jadi lambat.
terjadilah sesi pujuk memujuk Bintang.
Aku insist nak buat hari yang sama jugak.
setiap percubaan semua gagal.
apa dia nak semua aku cuba adakan. 
nak susu, aku belikan
nak jajan aku belikan
tapi sekejap je, nak mula prosedur maka tangisannya pecah.


doctor cakap takpe, sebab petang tu dia sorang je yang khatan..
sebab tu doctor relax je. aku yang tak relax masalahnya. hahaha
then, we decided untuk proceed jugak dan Bintang dipegang oleh kami parents dan pembantu klinik.
tangisan jangan cerita..pecah sepecahnya..
almost satu jam, Alhamdulillah semua settle.
tak dan amek gambar, sebab dia tak mau.
gambar semua muka mewek. hahaha


selesai prosedur, kat luar masa tu hujan selebatnya.
mujur masih ada bius lagi masa tu
so bolehlah lari larian dalam hujan
masuk kereta, Bintang ketiduran.
penat barangkali
sampai di rumah terus pergi tandas.
aku yang panik.
nak kemana tu?
nak buang air kecil katanya
wahhh mak impressed.
sebab Bulan dulu khatan, takut takut nak buang air.
tapi Bintang steady...

so lepas tu, aku terus lapkan badan.
sediakan tempat tidur dan Bintang pun sambung tidur.

Alhamdulillah, urusan Bintang dipermudahkan.
prosess nak jaga..
next entry okay..

live life to the max and have a nice day
xoxo 

Saturday, February 17, 2024

Bintang dah Bujang (Part 2)

Assalamualaikum,

selepas itu, di klinik kat BBU ni, aku dah booked date and time with deposit ye.
walaupun tak dapat hari seperti yang aku plan, tapi aku proceed juga. no choice masa tu.

lepas beberapa hari, kawan aku kebetulan khatan anak dia juga.
sembang punya sembang, dia cakap anak dia pun buat teknik laser juga and yang paling penting dekat Pontian!
terus berbunga hati aku..
lebih dekat dan lebih convenient.
member bagi number klinik tu sebab klinik tu baru je beroperasi masa tu.
fuhhh, bertahun aku mencari akhirnya ada satu klinik baru di Pontian yang buat teknik yang aku nak... Alhamdulillah..

aku call terus klinik hari tu. check availability date and time yang aku nak.
sebelum call aku memang dah set, kalau klinik ni ada tarikh aku nak tu, aku akan cancel yang kt BBU tu.
yes!!
klinik tu available tarikh yang aku nak. mungkin sebab klinik baru, memang banyak available slot. kihkihkih.

aku cancel slot di BBU, tapi ada cerita tak best which aku malas nak share.. sebab masa aku inform tu 2 minggu awal ye. tapi tulah, takpe... biarkan saja.

now tunggu je masa untuk hari khatan Bintang..
umi kene prepare mental and fizikal je masa ni sebab nak jaga dia sorang sorang.

to be continued

Tuesday, February 6, 2024

Bintang dah Bujang (Part 1)

Assalamualaikum,

aku betul betul terlupa nak share pasal ni.
mungkin sebab aku dah post dekat medium yang laen hahaha.
~setahun sudah berlalu, februari muncul kembali~

Alhamdulillah, Bintang telah selamat dikhatankan pada 23 Disember 2022 lebih kurang pukul 6pm.
fuhhh...
dia request bulan Ogos 2022 tu, terus umi start usha klinik tau.
cari klinik yang buat teknik laser sebab umi yang akan handle dan jaga..
umi menuntut ilmu tau nak jaga anak berkhatan.
tidurku tak lena nak menghadap pengalaman ni.
hahaha
sebab masa Bulan dulu, kita tak jaga dia sangat..

1st aku buat, check schedule aku. hahaha.. 
nak pilih date yang sesuai memandangkan cuti aku sudah abes sebab diguna masa Bintang tak sihat.
2nd, cari klinik.
masa ni, dekat Pontian takde lagi ye yang buat teknik laser.
abes pusing dah cari.
sudahnya ke Johor la kita mencari.
dapat klinik dekat Bandar Baru Uda.
happy tak sangga lah..

waktu tu belum open slot lagi sebab cuti sekolah masih jauh lagi.
just aku nak confirmkan klinik mana yang buat teknik laser.
masa ni, pikir semualah.
selain kos, yang dipikirkan adalah perjalanan.
sebab jarak Pontian ke BBU agak jauh jugak.
lebih kurang 40 minit.

then, aku mesej dan call beberapa klinik di BBU.
awalnya nak buat semua secara online je.
tapi aku fikir, better aku walk in sambil sambil boleh tengok klinik kan.
bila aku dah confirm klinik mana aku nak pergi dan waktu diorang mula amek nama untuk slot.
then aku pun decide untuk pergi walkin..

anak5 ikut umi tengok jalan dan klinik.

to be continued

Friday, May 26, 2023

Check-In Ward 2.0 - part 6

Assalamualaikum,

malam tu, Bintang refused dengan semua treatment. taknak makan ubat, taknak neb. meragam nak balik. 
treatment tengah pagi yang aku paling rabak. sebab nak kena neb, tapi Bintang tak mau langsung buka mata. mengenali anak aku, itu antara salah satu protes dia kalau dia tak mau. hahahaha

so, keesokan paginya, doctor suruh cuba stopkan penggunaan oksigen. kalau bacaan okay tengah hari tu, bolehlah discharged. then lepas mandikan Bintang, aku minta untuk cabut drip pula sebab Bintang dah start membuat percubaan beberapa kali cabut sendiri. nurse benarkan dengan consent. once cabut drip, bebas sebebasnya berlari, berkawan, tak hengat duniya. Alhamdulillah...

              

Setelah beberapa hari, baru nampak Bintang "hidup". hahaha.. the best moment, tengah hari tu, kami dapat confirmation Bintang dah boleh discharged!!! ALHAMDULILLAH.... 

     

sementara tunggu surat discharged tu, aku pun terpaksa melayan Bintang yang dah memang eksaited asyik nak keluar pintu wad utama dan bikin havoc dalam ward. hahaha

bila dipanggil untuk buat pembayaran, aku pesan pada Bintang untuk tunggu aku dalam ward dulu sementara aku uruskan semuanya dan ambil kereta ke depan ward. terima kasih nurse dan kawan katil sebelah hospital yang tolong tengokkan Bintang semasa ketiadaan aku.

dalam lebih kurang setengah jam selepas buat pembayaran, aku balik semula ke wad. dan masa ni, Bintang dah start taknak jauh jauh dari aku. haaaa itulah perangai anak bongsuku. jadi susah aku nak keluar masuk wad untuk angkat barang barang masuk ke kereta. memang dia nak melekap je ngn aku masa tu. sampai nak kene sign discharged form pun masih melekap. 



once settled, Alhamdulillah..... baliklah kami dengan gembiranya. setibanya di rumah, reunitedlah BulanBintang umi dan kazen kazennya. 

banyak yang aku belajar untuk kali ni... walaupun sorang sorang, aku rasa kali ni lebih bermakna dari Bintang admit ward tahun 2017 dulu. susah atau senang, tetap aku sorang sorang yang menguruskan anak anak. menguruskan dan menjenguk sahaja adalah 2 benda berbeza sama sekali. apapun, semoga anak anakku dijauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. THE END.


till then, live life to the max and have a nice day.

Tuesday, January 24, 2023

Check-In Ward 2.0 - part 5

Assalamualaikum,

masuk hari kedua di hospital, nampak tanda tanda Bintang dah mula tak betah. yelah, pergerakan terbatas. ubat kena makan ikut masa. seperti dijanjikan, harini aku akan bergilir untuk jaga Bintang. aku harapkan seharian dapat pass baton.. tapi... sangkaan meleset. cumanya untuk beberapa jam sahaja. 


dalam pukul 11.30 pagi aku dah bergerak balik ke rumah. siapkan apa yang patut. basuh itu ini. harapan nak berehat tinggal harapan. sebab terkejar-kejar. aku entertain Bulan yang mengharap dapat jumpa adiknya. sambil sambil mencari barang untuk topup apa bekalan yang kurang kat sepital tu. cari sikit menan untuk dibawa sebab Bintang dah fasa tak keruan di ward tu. hahaha


kalau ikutkan keesokan harinya, aku dan BulanBintang akan menghadiri kenduri. tapi terpaksa batalkan plan dan hanya Bulan yang pergi dengan mak and adik adik aku.

Petang tu aku ke sepital bersama Bulan, sebab dia nak tengok Bintang. tapi, sewaktu sampai ward, Bintang tengah tido. maka Bulan tengok je dari luar. dan kemudian dia Balik bersama penjaga Bintang yang available cuma untuk beberapa jam tu sahaja.

hari tu juga ramai budak budak dalam ward dah boleh discharged. Bintang pun dah mula bising nak balik bila tengok lagi ramai yang balik. malam tu, dia start meragam sebab nak balik. makan tak mau. semua pun tak mau. lastly, kebetulan mak aku datang dapatlah tengok Bintang dari tingkap. dapatlah bekal asam pedas. baru selera dia nak makan. Alhamdulillah. malam tu, aku berdoa supaya esok Bintang dah boleh discharge and boleh bernafas tanpa bantuan oksigen.. malam tu..

to be continued…


Monday, January 16, 2023

Check-In Ward 2.0 - part 4

Assalamualaikum,

Aku nampak nurse berlalu dari katil Bintang. Aku masuk ward dan Bintang masih nyenyak tidur. tak menyedar. mungkin sebab malam sebelum tu tidur tak lena dek batuk batuk. Akak di katil sebelah pun cakap, lama tidurnya. diperiksa dengan nurse pun tak bukak mata. aku kemas dan susun apa yang dah dibawa.


Sekitar pukul 4pm ada minum petang. dikejut kejut tak bangun juga bujang kecik ni. Bintang cuma bangun waktu makan malam diletakkan dalam pukul 5.30pm. cliche makanan hospital, sikit je dijamahnya oleh kami 2 beranak.

pukul 6.30 cenggitu, aku nak mandikan Bintang. tapi nurse cakap better jangan mandikan. lap je. kalau nak mandi pun mandi air panas. hmmm.. first time handle anak mandi tangan ada drip. nak bukak baju pun ada teknik dia. mula mula tu nurse yang ajar macam mana nak buat. hahaha.. Bintang bisinglah kenapa mandi pun nak kena pakai drip tu. hahaha. baru tau rasa bila tak boleh nak meligat.

nak mandikan dia pun bukan mudah. banyak dramanya ye.. aduyai. nak pakaikan baju, aku buat sendiri macam mana nurse ajar mula mula tadi. ewahhh... first time buat sendiri kompemlah berbelit belit... hahahaha... sebab masa ni takut takut lagi. pestaim kannn...

pukul 8 lebih dah rasa lapar. adududududu.. makanlah roti dan biskut. masa ni tak terfikir nak order foodpanda or grab. tak terpikir langsung.

Hari pertama berlalu, rutin setiap 2,3 jam. rutin checkup, makan ubat, dan neb. penat weh yang neb ni.. barai mata aku time tengah malam.. hahahaha

Bintang pun sibuk dengan mainan yang dibawakan.

to be continued...


Thursday, January 12, 2023

Check-In Ward 2.0 - part 3


Assalamualaikum,

owh, in between the process of waiting nak ke ward, Bintang kena buat xray di bahagian paru-paru. 1st xray untuk Bintang. Lepas xray, duduk lagi di katil redzone dan aku pun masa ni tak sabar dah nak dengar result darah dan xray tu. aku tanya nurse, aku tanya doctor. takde yang explain apa apa pada aku melainkan Bintang memang kene admit. tapi diorang kata, result semua dah ada cuma aku tak tau anak aku kenapa..

Nama Bintang dipanggil untuk dibawa pergi ke ward kanak-kanak. Bintang didudukkan di wheel chair berserta dengan drip dan tong oxygen yang diletakkan di wheel chair. 


Sesampainya di katil no. 14, maka semua punca wire yang attach dengan Bintang di transfer dari wheel chair ke kepala katil. drip digantung ditempatnya. tak lama selepas itu datanglah nurse bertugas memberikan sedikit penerangan Do's and Dont's di dalam ward. tak lama lepas masuk, makanan tengah hari pun sampai. Bintang dapat bubur masa tu. mebi yang duduk sebelum Bintang budak kecil lagi sebab katil laen semua dapat nasi berlauk. Bintang makan sikitttt je dari bubur tu. Aku pun makan sikit buat alas perut yang lapar.


aku kena balik, kami sehelai sepinggang. lepas makan tengah hari, aku pujuk Bintang suruh tido. puaslah berbobok, berusap, dalam pukul 2pm cenggitu, lenalah dia. aku apa lagi, terus bersiap nak balik. minta tolong dengan akak katil sebelah kalau Bintang bangun mintak tolong untuk contact aku.


 

Sampai rumah, terus aku grab apa yang patut. tengah tengah kemas, tiba tiba Bulan balik ke rumah dihantar ayah aku. kemaskan juga baju dia sebab dia akan duduk umah makayah aku. dia pulak tak henti henti tanya soalan "umi dengan Bintang nak pergi mana?". takut ditinggal barangkali.

Kalau ikut plan, kami akan pulang ke kampung keesokan harinya. tapi tula, laen pula jadinya. tapi Bulan akan tetap balik ke kampung, cuma tidak akan bermalam dan tanpa aku dan Bintang. selesai kemas barang barang, aku pergi ke kedai untuk beli sedikit kudap kudapan dan minuman sepanjang di hospital. begitu juga untuk Bulan.

selesai membeli, hantar Bulan ke rumah mak ayah aku. dan masa tu memang perut aku tak boleh tahan dah sebab minta diisi. menggigil dah kaki dan tangan masa ni. makan pun laju laju, sebab kejar masa takut Bintang bangun dan mula menangis mencari aku. tapi tengok phone takde pun whatsapp or call dari akak di katil sebelah.

Usai makan, aku pun nak berangkat ke hospital. sesampai di perkarangan hospital, nampak kelibat nurse di katil Bintang. owh ye, katil Bintang tepi tingkap, so memang boleh nampak clear yang nurse berlalu pergi dari katil Bintang sambil menolak mesin dan Bintang...

to be continued

Tuesday, September 20, 2022

Check-in ward 2.0 - part 2

Assalamualaikum,

Pegawai tu ulang lagi sekali, "anak kene admit ward ye puan. takpe, ni kita neb dia dulu. jom ikut saya."
Masa ni sel sel otak aku macam baru nak berhubung. warded? Bulan macam mana? sambil membontoti Bintang yang dah dibawa pergi oleh pegawai ke seksyen untuk dipakaikan neb.

So, masa neb tu datanglah sorang doctor. masa dengan doctor tu baru aku back to reality. "doctor, perlu ke admit? boleh tak saya bawak balik dulu pantau anak saya sendiri and tengok macam mana?" lepas procedure check semua doctor pun cakap, Bintang memang kena admit. sebab oxygen dah drop sangat (masa ni dah 94%). nafas tak cantik. so kita akan on oxygen kat dia lepas ni 24 jam. kiraan nafas dia laju dalam 44@45 per minit. laju and tak normal.

                                                   

lastly, aku pasrah dah. aku mesej agent insurans Bintang. informed dia. sebab ingatkan masa ni nak transfer ke sepital private sebab aku nak angkut Bulan sekali duduk kat ward.. hahahha.. lepas tu aku tanya lagi kat doctor, and jawapan doctor tetap sama macam sebelum ni. cuma ada tambahan sikit. "tapi kalau puan nak transfer juga tak ada masalah. cuma kene cepat dapatkan rawatan la sebab condition dia ni takleh tangguh or tunggu dah".

bila teringat memori 2017 dulu, masa ward kanak kanak kat semua sepital full and nak transfer sepital laen pun kene tunggu lama atas pelbagai sebab, aku matikan hasrat nak transfer Bintang. so proceed je dengan hospital gomen plus dekat dengan Bulan dan rumah kalau ada keperluan untuk ulang alik. masa neb tu, doctor datang lagi nak cucuk branula. tapi doctor salah cucuk tangan. sebab urat tenggelam. adengan menangis fasa pertama.

settled neb, Bintang dibawa ke redzone untuk pemasangan oksigen. masa ni sekali lagi nurse datang untuk cucuk branula dan drip air dan cucuk ubat untuk paru paru. sebab dia dah rasa sakit yang pertama, Bintang tak relax langsung untuk sesi yang kedua. dia tak meronta, tapi dia lebih kepada menjerit. hahaha. cuma kali ni agak mudah mungkin sebab nurse yang ada pengalaman dan kali ni dapat urat yang lebih nampak dari sebelum ni.

                     
                                                             

                                     

lepas neb, aku sua roti nak breakfast kengkononnya yang Bintang taknak tadi. sudahnya, dia mintak dan dia yang makan sorang. maka kelaparanlah aku. hahahaha.. tak lama lepas tu Bulan video call. so aku inform la aku dan Bintang tak balik sebab kena tidur hospital. Bulan nak sangat tengok adek dia. lepas tu dah bagi tengok, dengarlah dia cakap Allah... dekkkk... pastu nanges sedih... hahahaha.. kemaen bergaduh selama ni, ingatkan tak sayang adek dia.. hahahaha

kepala aku dok congak congak dengan perut lapar ni. sebab datang sehelai sepinggang. siapa nak bawakkan pakaian aku dan Bintang. congak punya congak.. okaylah, nanti kita tengok berjaya ke idok. worse come to worse, mintak tolong adek beradek la tolong packing semua. then dalam pukul 12 cenggitu, nama Bintang dipanggil untuk dibawa ke bilik.

                                                     

to be continued

Tuesday, September 6, 2022

Check-in ward 2.0 - part 1

Assalamualaikum,

Bintang warded sekali lagi selepas 5 tahun lebih. fuhhhh... this time, full of suprises and more journey and experience. quite challange for me la. macam nak potong badan bagi 2.. eh seberapa banyak yang boleh mengikut kapasiti tugas yang perlu dibuat. hahaha

1/9 petang tu masa nak amek Bulan Bintang, adek aku cakap yang Bintang dah start batuk. aku take note and balik rumah tu pantau je. tapi malam tu, dah nak masuk tido, aku rasa dia dah start dedor. aku pun jerlum kepala dia. ada batuk batuk jugak. aku bagi air suam suruh dia minum.

memang malam tu aku tak tidur la sebab nak pantau suhu dia and aku tanya if dia ada sakit apa apa. since dia cakap takde, so aku rileks je la. pantau suhu dan keep on jerlum. batuk pun tak kerap. tapi dada dia dah start nampak berombak. tengok perut takde pun lekuk. tanya dia, dia still okay. bagi minum air suma. masa ni dah nak subuh.

so kitorg dua pun terlena lepas tu. yelah dua dua tak dan nak tidur malam tu kan. dapatlah berehat jap sebab dah mengantuk sangat. aku memang dah EL dah 2/9 tu. memang niatnya pagi tu nak ke klinik untuk check and ubat. tak lama lepas tu tiba tiba Bintang terbangun and duduk, "umi dada kita sakit". aku dari tido tu berdesup bangun. "eh betul ke? jangan main main dik. umi mengantuk ni." dengan mata membulat tu dia angguk. aku pun kelam kabut pergi mandi dan lepas tu mandikan Bintang. 

masa ni dah tak rileks dah. rasa macam berharap sepital tu sebelah rumah aku je. hahahhaa... aku suruh makan untuk alas perut, Bintang tak mau. so aku bawak je roti masuk dalam henbeg. kotlah boleh makan masa tunggu turn nanti. dah on the way tu pusing ke KK, eh KK tutup. ingatkan bukak. pusing lagi terus ke hospital.

sebelum parking kereta, aku siap cakap kat Bintang. "nanti balik kita pergi breakfast eyh. kotlah adek ada selera nak makan". kompiden ye tuan tuan dan puan puan.

settled register terus dia suruh ke Klinik Pakar. sampai klinik pakar, ramai tunggu turn. so aku pun masuk untuk letak kad. baru buka pintu ada pegawai tanya, bila tengok Bintang terus dia cakap "eh, dia nampak penat. semput ni puan. dia ada athma ke?" aku jawab la "takde". terus dia bagi Bintang fast treatment sebab condition Bintang. sebab masa tu baru nampak nafas dia tiba tiba laju. padahal masa dalam kereta sebelum tu tak selaju tu. mebi sebab faktor berjalan kaki dari parking ke klinik pakar tu jadi asbab nafas dia laju macam baru lepas berlari.

amek bacaan jantung, nadi dan oxygen... TAK CANTIK! terus pegawai tu cakap "confirm dah ni kene admit" aku macam blur lagi masa tu. the only sound yang keluar is "HUH?"

to be continued


Saturday, September 3, 2022

Foodie by Ryhantaz : Ais Krim choki choki

Assalamualaikum,

disebabkan keinginan nak makan ais krim yang pernah viral ni dulu..
maka terjadilah pabila tiba kerajinan.

aku memang dah beli lama dah barang barangnya.
cuma tunggu mood rajin je.
hehehehe

Choki choki pun dah naek harga wak sepeket tu.
hahaha

okay, bahan bahan untuk buat ais krim ni.

2 paket - choki choki
1 tin - susu cair
1 tin - susu pekat
4 - tin air 
2 sudu kecil tepung jagung (nak bagi pekat)
sedikit garam
sedikit esen vanila (aku tambah sendiri)

cara masak

masukkan air dan susu cair dan panaskan diatas dapur gas.
setelah panas, masukkan susu pekat manis dan gaul sebati.
bila dah sebati, masukkan garam dan esen vanila.
gaulkan tepung jagung yang ditambah air dan masukkan kedalam campuran yang telah panas dan tunggu sehingga mendidih.
setelah mendidih, tutup api dan tunggu sehingga sejuk.

sementara tunggu air sejuk, boleh masukkan choki choki ke dalam plastik ais krim.
choki choki aku potong 2.
hahaha
kalau korang nak pakai 1 tube tu satu plastik, kene prepare 3,4 paket chocki choki ye.

dah sejuk, plastik pun dah bubuh choki choki,
then boleh kita proceed dengan pembungkusan.


aku dapat dalam 23-24 batang.
ni pun ada extra sikit aku bubuh kitkat..
pun sodap


so, ni bila dah sejuk.
siap untuk dimakan.
yang aku punya ni isi kitkat

oh, by the way ni kali ke dua aku buat ais krim ni lepas dia viral dulu.
lepas tu ni baru nak buat lagi.
hahahaha.

seronok la Bulan dan Bintang bukak tutup peti ais.

save sikit duit dari kene beli kat luar.
selamat mencuba gais!

till then
live life to the max and have a nice day.

Thursday, September 1, 2022

Bintang dah request!

Assalamualaikum,

Bintang dah request untuk dikhatankan..
terkejut aku masa dia request thru voice note time aku dekat opis.

tapi Alhamdulillah, lebih mudah kalau dia request sendiri.
cumanya, dia mintak harini ingat esok dah kene khatan agaknya.

plan asal sepatutnya dibuat masa usia dia 5tahun.
so biar sama macam masa Bulan dulu.
tapi itulah, Bulan dulu pun kita proceed sebab dia sendiri nak.
takkan Bintang aku nak proceed bukan atas keinginan dia.
cuma aku memang dah cakap dengan dia, sebelum darjah 1, dia mesti dah khatan.

how time flies.
my baby dah nak jadi bujang sikit masa lagi.

please doakan yang terbaik untuk Bintang dan semoga segala urusan Bintang di permudahkan.
dengan izin Allah swt juga.

bila selesai prosesnya, in shaa Allah aku akan share di sini.

till then,
live life to the max and have a nice day!

Monday, August 29, 2022

Sedekad usia Bulanku

Assalamualaikum,

pejam celik, pejam celik..
dah sedekad usia Bulan di muka bumi ni.
Alhamdulillah atas kurniaan anak sulung ni.

sebenarnya, kami dah celebrate birthday Bulan yang ke 10 ni bulan lepas tau.
cuma baru nak share kt sini sebagai kenangan.
sambut biasa biasa je dengan sedara mara.

takde persiapan awal.. sebab aku macam trauma..
malas nak cerita kenapa trauma tu...
so semua preparation last minute.
kek pun aku order 4 hari sebelum majlis.
hahahaha
jenuh jugak nak recalled kartun yang dia tengah suka gile gile
yelah, sebab banyak nauuu
last last aku decide buat theme sonic untuk kek dia.

jomz layan the pix.


last minute order kek ni. aku cakap, nak theme sonic basic putih. laen laen deco saya tak kisah. hari sebelum collect, bakers bitau tak jumpa lagi wakkk theme sonic sebab mostly semua kena tempah. kalau takde jugak dat day, dia akan buat 2D fondant deco. Alhamdulillah, the next day nak pickup, semua ada. siap printing nama lagi situ... masa pickup ni aku salah timing. datang awal pulak. janji pukul 2pm. tapi aku pi bantai datang pukul 1pm. gelabah jugak bakers prepare. sudahnya wak, kek takde tutup sebab kek + deco tinggi. hahaha


Bulan looking at his cakes. senyum simpul je. siap tanya, macam mana umi tahu abang nak suruh buat cake Sonic. aku jawab je. instinct seorang mak. hahahahaha.


dengan sepupu belah umi. yes, thank you semua sebab follow pakai baju biru... and kebetulan ada besday kazen dan makcik makcik yang tak dan sambut sebab faktor kesihatan waktu tu. kita celebrate sekali. save sikit duit umi ko bab makan makan. hahahha


Bintang dah tak keruan. jeles le tu..
dia ada sejenis perangai, setiap besday orang adalah besday dia.
dia mesti nak tiup lilin tu. 
tapi time besday dia, jangan cuba cuba nak tiup lilin dia.
aduhai anak.
dah pesan awal, buat perangai macam masa kecik kecik tu..
lepas ni tak boleh join celebrate birthday sesiapa pun.
tu yang monyok je muka.
now, he is counting to celebrate his birthday...
siap request nak theme apa pulak...
sabo je lah..


with his presents.
thank you yang hadiahkan semua ni.
siap dapat maenan.
kecik besar kecik besar je umi tengok maenan tu..
sampai ke tarikh post ni di publish, chocolate bouquet tu masih belum abes lagi ye..
masih banyak lagi..
hekzzzz


my sulung baby.
macam tak caya dah 10 tahun. 
terima kasih untuk anugerah ini.
maaf untuk segala kekurangan yang kita tak pernah pinta.
umi doakan Bulan menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang laen dan yang penuh iman di dada.
menjadi anak dan abang yang penyayang kepada keluarga.
janji nak jaga umi sampai umi tutup usia kan?

 
kek yang aku order untuk majlis kecil-kecilan.
Chocolate Crunch Cake.
sedapppp jugak..
so dengan kos yang meningkat, harga kek ni pun meningkat.
worth the price sebab still boleh berbagi bagi dengan sedara mara laen.

goodies tak sempat nak snap
ahahahah

so next kene fokus untuk birthday Bintang pulak.
sebab nak celebrate kt sekolah dan kt umah.
sibuk dia everytime kawan kawan celebrate birthday..
asek tanya je bila nak sambut besday dia pulak.

hadiah Bulan aku dah bagi.
simple je.
hopefully dia suka la.

okaylah, done untuk ini. 
jumpa nanti

till then,
live life to the max and have a nice day.

Thursday, August 25, 2022

ada tapi tiada

Assalamualaikum,

aku baru ada masa nak belek belek dashboard blog ni.
punyalah lama aku tak update apa apa, sampai nak jengah blog pun susah.
bila kenangkan diri sendiri, aku pun start la godeh godeh cari list blog yang aku follow.

tengok latest post blogger lain pun, few months ago, 1 year, 2 years, eh 12 years pun ada.
tak meriah macam dulu dah.
sejajar dengan perkembangan teknologi, penulisan blog seperti sudah tidak relevan agaknya.

zaman now, sharing banyak thru story, live session, video which we have too many options to choose from the open source medium.

as for me, aku pun beralih ke situ. tapi tetap ada aura suka membaca penulisan orang dan masih suka menulis. 
tp feel baca sharing di fb dan blog macam berbeza betul. taktaulah kenapa. 
atau aku je mengada ngada bab ni.. hahahhaa

tapikan korang.
mana kawan kawan blogger lain?
blog ada, tapi takde dah coretan baru dari diorang.
apa apa pun, semoga diorang happy dan bahagia je di mana pun.

okay,
till then
live life to the max and have a nice day!

Tuesday, August 23, 2022

MemBesar

Assalamualaikum,

it's been some some some time...
yeah, as usual...

hari berganti bulan, bulan berganti tahun.
Bulan Bintang juga membesar mengikut waktu.
My sonshines are now both 10 and 6 years old this year.

terasa tak sedar membesarkan diorang.
dari berdua sehingga dalam keadaan sekarang.
journey yang tak mampu aku dapati dari mana mana.

walaupun penat, asalkan dapat tengok anak anak depan mata.
dah cukup untuk rasa syukur nikmat.

dua dua dah ada karakter sendiri.
sulung dan bongsu seibu sebapa.
walaupun berbeza karakter akan tetap ada persamaan yang buat mereka kompak!

anak membesar sejajar usia.
uminya juga seorang Mem Besar untuk keluarga kecil kami.

semoga diberikan sakinah, mawaddah dan rahmah untuk keluarga kami 
dan dijauhkan dari mereka yang iri dan hasad.

till then,
live life to the max and have a nice day

Sunday, May 30, 2021

New Beginning - Part 3

Assalamualaikum,

The next day, i checked my email first if there is any answer on my applications before.
No answer.
Later on, aku pun meneruskan untuk apply keje pada balance list of vacants job yang aku dah jot down.
Once done, aku still maintain follow up dengan company yang masih tergantung untuk face to face interview ni.

then my day goes on as usual.
sampailah around 5 pm something i received an email from 1 manufacturing company that i applied.
they offer me to attend an interview at their premise on the morning next day.
Alhamdulillah..
another chance...

Next morning, i am prepared for the interview.
sesampainya di tempat interview, aku memang dah serahkan urusan aku pada Allah.
Allah nampak usaha aku.
Allah nampak semua yang aku lalui.
aku just harap ini adalah rezeki aku untuk mula balik karier aku.
Aku apply position lain, tapi setibanya di sana aku telah dioffer untuk position lain yang lebih kepada bidang aku.
Ya Allah, syukur....
around 1 hour later, both interviewers ask me when will i start?
i was like, seriously?
A.S.A.P
Alhamdulillah, rezeki

Finally, rezeki aku di sini.
As System Coordinator.
Selepas beberapa hari aku melapor diri baru aku dapat panggilan interview dari tempat yang memang aku betul betul nak kerja di sana.
tapi selepas berbincang dengan keluarga, aku terpaksa menolak kerana logistic.

in shaa Allah, kalau ada rezeki, boleh apply tempat baru.
diam tak diam lepas dari tarikh tu sekarang aku dah bekerja di sini lebih setahun. 
dah siap tukar department juga.
position masih sama, cuma job scope berubah.

Mungkin gaji tak sebesar sebelum ni, Alhamdulillah semua aku rasa cukup.
sebab Allah tarik nikmat aku dan buat aku jatuh terduduk sekejap.
tapi sebenarnya dia nak kite belajar untuk menjadi sederhana dan tidak melebih lebih dalam semua hal.
Maka nikmat Tuhanku yang mana lagi aku nak dustakan?

Korang yang baca ni pun, sudilah kiranya mendoakan yang baek baek buat aku dan anak anak.
so lepas ni boleh sharing bab laen pulak kan..
hihihi

till then, 
live life to the max and have a nice day.

salam.



Thursday, May 6, 2021

New Beginning - Part 2

Assalamualaikum,

wow!! 
i come back after 1 year from my last entry.

when i worked as Dental Assistant, masa tu aku dah survey keadaan Bintang macam mana.
slow down dia punye penyusuan. 
Ya, Bintang masih lagi menyusu badan waktu tu.
Alhamdulillah, everything went very well dengan dia punye wean off phased.

Lepas dia weaned off, aku start terdetik untuk mula bekerja di kilang.
tak kisahlah as operator pengeluaran sekalipun.
masa ni aku memang cakap pada Allah, aku tak kisah ya Allah kalau kerja dari bawah semula.
asalkan aku bekerja..

Bulan Januari aku fokus pada sesi persekolahan Bintang.
aku pantau keadaan macam mana.
dalam masa yang sama tunggu panggilan dari klinik if they need my service.

Banyak urusan aku dapat laksanakan dalam tempoh sebulan tu.
suatu hari aku contact kawan seuniversiti aku.
tanya tanya if tempat dia ada vacancy atau tak.
dan kawan aku cakap, dalam quarter two akan ada satu project baru masuk.
lepas tu kawan aku minta untuk aku bagi je resume aku pada dia.

esoknya aku terus bagi resume aku pada kawan aku tu.
dan petang tu HR dari company tu call untuk interview the next day.
tapi masa tu aku ada hal sikit di daerah laen, so aku mintak rescheduled.
setiap hari selama beberapa minggu aku follow up untuk tarikh baru interview.
aku memang nak sangat kerja kt company tu.
banyak faktor kenapa aku nak kerja di company tu.

sebabkan dah terlalu lama menunggu, baru aku start apply lagi untuk other vacancies.
aku login pesbuk dan ternampak banyak pos kerja kosong.
aku ambil emel dan segala contact yang aku nampak.

aku emel terus resume aku.
ada beberapa company lagi yang tinggal.
masa tu aku dah mula berpinar kerana terlalu lama menghadap laptop.

so aku sambung untuk buat keesokan harinya.

-bersambung- 



Friday, May 1, 2020

New Beginning - Part 1

Assalamualaikum,

Selamat Hari Buruh 2020 kepada semua!!
Well sempena hari buruh harini kan, aku nak share sket pasal my experience about getting a job back!
in shaa Allah ade few parts MAYBE...
let's baca...

Sebenarnye, kita takkan menyangka bila Allah nak bagi kite rezeki.
Dan yang paling penting, Allah akan bagi kite mengikut sangkaan kita.
Setelah agak lama aku menganggur walaupun pada dasarnye niat aku resigned dulu bukanlah untuk diri aku semata mata,
tapi takdir Allah dan perancangan Dia lebih baik untuk makhlukNya.
Kerana Dia Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, aku just nak share yang aku dah bekerja.
just to share, this is my second job after the other one.
So jomlah baca sedikit perkongsian aku pasal kerja aku nih.

Semasa dalam perancangan untuk wean off Bintang, aku terdetik dalam hati.
Kalau terdesak sangat nak dapatkan keje dalam bidang aku, 
tak apelah,
dapat keje lari bidang pun takpe asalkan kerja tu boleh ikut kesesuaian aku dan anak anak aku.
Aku share ape aku pikir kat adek aku.
Mase tu aku mmg dah aimed nak keje klinik je, tapi hakikatnye aku tak de cari satu job pun kt klinik masa tu.
Ahahaha

Satu hari ni ade kenalan aku bertanya kalau kalau aku dah bekerja dan share some info yang ade klinik tengah cari assistant.
to be honest, takde sorang pun tau plan aku nak keje klinik melainkan adik aku masa tu.
Plus, adek aku pun tak kenal kenalan aku ni.
Allah dengar ye gais.

Aku pun takde terus apply pun.
Aku apply lepas beberapa hari dan tak lama lepas tu, baru dapat panggilan interview.
Alhamdulillah, die offer aku untuk bekerja part time sebab aku tak berani nak bagi komitmen full time.

Dan selepas itu, November 2019, bermulalah pengalaman aku sebagai part time Dental Assistant.
Die punye part time tu means aku akan dipanggil bila diorang betul betul perlukan orang.
Pengalaman baru utk aku lah dah tentunya sebab aku bukan dalam bidang Pergigian ye.
Tp pengalaman yang menyeronokkan sebab belajar benda baru.
Dan disebabkan part time tu la aku senang nak set ngn anak anak aku punye masa.
Pada awalnye, Bintang agak terkejut sebab tibe tibe aku takde depan mata.
Huhuhuhu
Walaupun pendapatan tak banyak, tapi syukur rezeki Allah nak bagi dari takde duit langsung.

Masa dapat tu, tak sangka.
speechless, betul ke kan dapat keje ni dengan takde knowledge, dengan takde experience..
but what i know, rezeki takkan salah alamat.
and that day, rezeki aku dah tertulis..
Alhamdulillah!

- to be continued -

Thursday, January 23, 2020

Terasing dari dunia luar ke?

Assalamualaikum,

Lama tak jenguk sini. terlalu malas untuk menaip menggunakan keyboard phone. Kalau ade new entry yang aku update bermakna aku telah menaip menggunakan laptop. Sesuatu yang pada aku prektikal untuk menaip seberapa banyak ayat pun dan mempunyai vision monitor yang luas berbanding skrin phone yang kecil dan limited.

Happy new year 2020 korang. aku tak tau la ade lagi ke tidak followers aku yang baca nih, tapi melihat pada komen yang masuk dan stats, aku rasa mungkin ada, cuma yelah, sebab kekangan aku update new entry jadi stats pun biasye je.

2020 dah korang. aku sedang berjuang untuk melepaskan something yang aku sayang sepenuh hati aku. tapi ada orang pernah cakap ngn aku, in order to be success, we have to give up the things we want the most. so better aku akur. sebab aku dah mula penat.

doakan aku semua.
doakan juga aku dapat bekerja as IT person semula supaya aku tak blur sangat dengan apa aku buat sekarang.
for information, aku sekarang bekerja part time yang mana bidang ni totally tak de kaitan ngn ape aku belajar dulu.
hahahahha..

okeh uols, nnt aku share ape aku nak share.
skang ni aku takde idea sangat.
jenguk2 sini tanpa sebab.
tadi bz siapkan benda2 berkaitan.
ni dah dekat bape jam aku ngadap laptop nih.
so nnt kite sambung lagi.

live life to the max and have a nice day.
salam

Monday, September 30, 2019

Hati...

Assalamualaikum,

Hati..
di mana ia tiada mulut, tiada mata..
tapi detikan hati..
sama ada kita menjadi baik atau sebaliknya.

sehingga ada pepatah Melayu,
rambut sama hitam, hati lain-lain.

kerana, hati seorang manusia..
tiada siapa mampu menduga.
tiada siapa mampu meneka,
walaupun tidur sebantal, makan sepinggan.

apatah lagi hati manusia yang tiada kaitan dengan kita.
mungkin sedang berlakon, baiknya dia.
atau mungkin sedang menonjolkan sisi jahatnya dia.

hati,
walaupun ia hanya berasal dari segumpal darah,
tetapi..
kita yang menentukan..

hati..
sesuatu yang kecil bentuknya,
tapi sukar dijaga.
tempat di mana terbentuknya niat.
niat kepada kebaikan atau kejahatan.

semoga hati kita semua baik-baik saja.
live life to the max and have a nice day.
salam.

Thursday, September 12, 2019

Mencari dan terus mencari

Assalamualaikum,

1 tahun 5 bulan 
itulah tempoh aku kembali aktif mencari kerja selepas berhenti kerja pada akhir tahun 2017.
pelbagai temuduga aku pergi,
pelbagai jenis pekerjaan aku mohon.
in shaa Allah, suatu hari pasti
rezeki akan berpihak pada aku juga.

sementara anak-anak masih kecil ni, 
jadi Allah nak aku lebih banyak masa bersama mereka.
dari Bintang belum pandai bercakap sampai dah pandai bercakap.
itu nikmat terbesar berlaku depan mata.

in shaa Allah, satu hari nanti.
tolong doakan ye semuanya.

lama aku tak update blog nih.
buat masa sekarang, aku lebih suka menaip di laptop atau desktop.
sebab menaip gune phone rase tak puas.
tapi asal pegang laptop, Bintang nak join togeder.

jadi selalu tergendala.
so itu je untuk entri harini.
sesiapa yang membaca, tolong doakan aku dapat kerja cepat, kerja yang sesuai dengan pengalaman aku, kerja yang memberi gaji yang sekurang-kurangnya yang aku demand.
hehehehe

till then,
live life to the max and have a nice day