Friday, April 20, 2012

salam jumaat

BiLe Aku Mula MeNaiP....


assalamualaikum sume...

salam jumaat diucapkan utk u ols sume...

so hepi le tu kan esok cuti..

but as for me cam bese la..

encik husben aku kene plak keje esok..

but it's oke...


entry arini..

ekceli cm bese la..

aku mmg lunch kt kafe kalo aku keje ptg...

so aku g kafe mcm bese la..

masuk minggu ni dh 2 minggu aku keje petang..


ok, citenye...

aku masuk kafe dh around 1.25pm la cenggitu..

tp aku rase sume org pn xterkejut apetah lagi nk melatah la kan...

aku je yg rase xsedap nk melihatnye..

ape yg aku lihat?

anak2 lelaki melayu yg keje kt kafe tu cm xde rase bersalah je diorg keje...

yelah..

org tgh sibuk dgr khutbah kt mesjid..

ko plak tgh keje..

yg keje tu okela bole accept..

ade plak yg dok melepak-lepak je kacau kengkawan keje...

aku xberani la nk elaborate pepanjang pasal mende nih..

tp sedih pn ade..

malu pn ade...


berikut adelah sedikit info yg aku jumpe related to this issue..



HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT



Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.


Namun bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang keuzuran? Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.


Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:


Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”(Hadits riwayat Abu Ya‘la)


Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:Maksudnya:
“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”(Hadits riwayat Muslim)


tapi..

zaman sekarang ni ade jugak org yg keje shift mcm aku...

dan aku terjumpe satu penerangan tentang issue nih..



Memang telah thabit dalam hadis riwayat Imam Muslim bahawa Allah swt menulis hati orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam keadaan mereka meringan-ringankan kewajiban tersebut sebagai orang-orang yang lalai. Namun berdasar senario yang dinyatakan tiada pilihan lain, maka dikira mempunyai keuzuran kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana tugasan kerja secara shif. Keadaan tersebut tidak dikira berdosa.
Langkah membuat giliran supaya tidak tinggal solat Jumaat tiga kali berturut-turut adalah satu langkah yang betul dan tepat. (Fatawa Nur 'Ala ad-Darb))


aku harap2 sgt,

berubahla mereka nih...

solat jumaat tu seminggu sekali je..

kalo yg tu pn korg ssh nk buat...

yg fardhu 5 waktu tu agak2 cmne plak yer?

dan aku yakin,

ramai lagi lelaki2 yg kt lua sane yg meringankan solat jumaat..

kite ni umat akhir zaman...

jd siapkanlah bekalan kite utk ke'sana' nnt.

kite sama2 saling memperingati...


hmmm...

okela...

papepn...

tepuk dada tanye selera...

yg penting nawaitu kite sendiri kn??

dan aku tau pasti akan ade yg kua statement cenggini...

"ko pe peduli, kubur laen2"


then,

kite jumpe on next entry..

live life to the max and have a nice day...

salam...

No comments:

Post a Comment

feel free to share thoughts