salam jumaat
for those yang xtau, gambar kt atas tu bukanla cekak rambut or ape..
pada yang dh tau,
so korang ade pakai ke skang nih??
haaaaa, untuk yang xtau,
tu la braces @ pendakap gigi yang menjadi trend sekarang nih..
hehehe...
aku pun kalo x, mmg xtau la gambar tu braces..
since now it becomes a trend in our community,
then aku pn slalu bertanye dalam hati
"ape hukum eyh pakai braces nih"
"nape eyh orang pakai braces"
so baru ni la aku ade mase nk mencari gali hukum pemakaian pendakap gigi nih..
so, aku pun nak share la ngn korang sume..
sharing is caring right?
Apa hukum pakai braces?
Ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.
HARAM
mengikut umum hadis,
- sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk KECANTIKAN dan menjadikan wajah lebih menarik.
Imam an-Nawawi Rahimahullah
- sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas, khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan, atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).
HARUS
- Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang.
- Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.
- Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab
keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah
makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh
Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’,
bahkan ia juga diperlukan.
FUNGSI
Untuk memudahkan fungsi gigi itu sendiri
yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya
bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu
terlekat.
Jadi kesimpulannye kt sini,
niat memakai braces hendaklah bukan untuk KECANTIKAN kerana ia akan jadi HARAM nanti..
tapi papepun, tepuk dada tanye selera..
so kalo nk tau lebey lanjut korang pun bole google je..
or maybe ade yang bace kitab, bole la share dengan aku sekali...
live life to the max and have a nice day.
salam..
No comments:
Post a Comment
feel free to share thoughts